KONGSI

sekadar beberapa ungkapan hasil dari hidup kebelakangan ini

Sains adalah amat hebat. Tapi di manakah agamawan dalam memandu kehebatan ini? Atau hanya tahu merungut basi?

Tak perlu menyarung jubah putih makmal, jika mahu jadi seorang saintis. Saintis itubukan pada pakaian, tapi pada pemikiran. Pemikiran Saitifik katanya.

Siapa kata saintifik itu tidak islami? Kalau perlu, mari lihat sejarah. Sains ala-Greek sudah lama diakui tidak bersistem. Sehinggalah sains zaman islam-islam, baharulah menjadi baru.

Saintifik bukan sahaja pada sains cerap-cerap. Juga pada ilmu-ilmu agama.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dakwah itu kuncinya dua. Satu, sifatnya perlu rabbani. Dan, dua, ukhuwwah antara semua perlu diutamakan. Lahir nanti yang ketiga, baru boleh berbangga berjaya.

Dakwah sesekali bukan hanya bercakap. Sama juga seperti ukhuwwah. Tapi, sebenarnya bercakaplah yang lebih senang dan seronok.

Rasional hanya akan terbina apabila telah terbentang semua idea dan input untuk dicernakan. Rasional bukanlah hakmilik nafsu naluri. Tapi, rasional adalah buah kepada pertimbangan. Kalau benarlah sudah berasional, maka amalkan etika rasional itu.

Kalau masih belum tahu apa itu seni rasional, maka , belajarlah!

Rasional? Kadang-kadang saya belum berkekuatan untuk menyebutnya sebagai ijtihad.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Orang kata, jangan tengok siapa yang berkata. Tengok ape yang dikata.

Tapi, biasanya, masa orang mula-mula nak bukak mulut nak berkata, waktu tu datanglah berdozen-dozen persepsi yang kadang-kadang 'blocking'.

Semua insan akan sentiasa silap. Kalau dek kerana silapnya orang itu, menyebabkan trauma kepada kita sehingga menanamkan persepsi buruk kepadanya... maka, percayalah, tak ada yang baik yang boleh dicernakan bila mendengar kata-katanya. Adilkah begitu?

Mendengar untuk setiap kali, seperti berkenalan kali pertama. Kosong dari persepsi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau menghukum manusia, hukumlah pada kesalahannya yang tertentu sahaja. Tak perlu ditarik semua kesalahan dari dulu dan menjangkakan pula kesalahan yang akan datang.

Bila menghukum, hukumlah dengan begitu cemerlang pada aspek yang ditentukan. Bukanlah tembakan rambang. Zaman sekarang, orang dah tak suka membazir peluru. Kalau tembak rambang tandanya tak mahir.

Macam biasalah~ kalau nak hukum tanpa rujukan kes tertentu... maka hasilnya, semuanya salahlah. Tiada yang baik yang dapat diteladani.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maksud nama Thaaqhib (ثاقب) daripada kamus translasi google.. salah satunya adalah BORING. Erm..

Betul jugak lah, kata-kata, pada nama itu ada kepentingannya.

"Thaaqhib yang cerdas, tajam, melukakan, merobek-robek dan juga boring."

Heh~ banyak lagi penilaian dalam dunia selain dari hanya nama.


Sajak; berkembangkanlah.. Allah!

Tajuk : Malam dan teman lagu


nyamannya malam

malam dan teman lagu

temani aku 

sayang, sayang rindu


Bila entah kalinya terakhir

yang sempat aku kenang

kali terakhir air mata bergenang

dan biar terlepas mengairi

gunung-ganang perkasanya susuk diri 


hidayah dan ilham

perlu sentiasa menjengah datang

letih, berdiri tegak memerhati pamah

padahal sufi aku kian lemah


air mata bergenang, lembut gemalai

dan biar terlepas memberi damai

nikmat tenang


bila diri kerdil ; perlu gah berdiri

bila diri dipencil ; perlu ada diri

padahal sufi aku kian lemah


telah karut. meleset gagal

menjadi aku tersepit

di lembah gunung-ganang

yang aku sendiri

kukuhi gagahi, pamerkan


nyamannya malam

malam dan teman lagu

sufi aku.



















[Maafkan Thaaqhib, Ya Allah]

CERN. LHC. ISLAM. PHYSIC

salam+bismillah

And. So, what do you think?

It's about science. All about it.

As been reported by AFP, CERNians are now looking forward to see themselves be the pioneer of the New Physic. The new era that will begun after their hand, sooner. Neither leaving behind the classical nor the modern one, but to enhance a perfect work of understanding the world of universe, from the big scale to the atomic size.

The scientists, and more I like to mean is the physicists, seem like just already put their Point Of No Return, since the first ship-boarding, even are still having no idea how far the discovery is-for sure endless-. Instead of being skeptics, they devote themselves to be slaves of the discovery they are sailing of, optimistically under the ray of the deductive minds. Driving the change!

I love science, because science teaches how to love myself. I love science and dare to sacrifice for it. Science is not just a knowledge. It's a magic. Its wand bring out a new vision outside boxes. Its spell can hypnotizes man after it, and give him a pleasure to himself, that always been shouted by the people as crazy.

Walking its hard path, science at its class, can't be objected against its success to bring up life. Ones can't deny it. For any reason, science made it!

Hey! It should be a re-introspection beneath the works, I think, however. To agree with the powerfulness of science, and to breath arrogantly against the ray of divine perspective, is not the way I myself should practice MY SCIENCE. And Science, for its dimension of rationality and a credible cognitive, shall be driven as a dedication to serve before God. The same obsession to run the adrenalin, the same naive to surrender under the magic of science , and the same meter to be kicked, during the work of Science along with the obligation.

I'm not against any the job. But, i do really care of the way that job been done. Scientists will raise their voices against me, if I start to promote the Divine Science, the forgotten creed in science, and propagating the cruelness of science without religion thoughts.

(But, that will be a decade from this mean moment)

The world should know and accept the powerful of science, but we also need more than just to understand, that it should be driven by the one who really knows the use of science as well as to whom should it be dedicated. I mean, directly, not the one dimensional Scientologist, but preferable, the Muslims. Who, historically, made it.

- Just to provoke my folks to involve in Science Streams, instead of blaming the Scientists, just-

Oh, a thousand apologize for this whole entry. For those who really mind this kind of idea as rude and not acceptable it the field. I am sorry, but, if we claim ourselves as scientists, we should already knew that science has a good JV with Philosophy as well as Divinity. Unless, you are not good in history.

Today's science is not a legacy of Renaissance Era. But, you can date it, yourself! Either you want to express an ovation to Islam Era, or just laying down to the Aristotle Era. History, right?

At the end, I should, naively and humbly, thank science for its greatness. That really made me a good Muslim, in serving our Great God. ALLAH.

And last but not least, I think I want to share a couple lines of News Cut, of the rebirth of the LHC. The Large Hadron Collider. Google it, and see if you can get a new knowledge, instead of a lazy reading. Big Bang, Proton, Energy, et cetera~

"This is great news, the start of a fantastic era of physics and hopefully discoveries after 20 years' work by the international community to build a machine and detectors of unprecedented complexity and performance," said Fabiola Gianotti, who represents the Atlas partical physics experiment for about 2,000 other scientists.

Once it is tested out, he added, "we can open windows into new physics and that could happen already next year. It depends on how kind nature is to us."

Bukak Blog dan Cuba Update

Okeh. Ini update. Dah 2 minggu lebih dah rupenye, balek ke Mesir.

 

Assalam dan Bismillah

(takde gambar untuk dipostkan. Maksud saya, ada! Cuma belum berkesempatan dimuat-naikkan)

NUPPAC 09

Ini sebenarnya adalah sejenis kelas talaqi yang saya ikuti di Mesir pada 11 hingga 15 November lepas. Atau lebih tepat, namanya diskusi.

Pasal nuclear dan artikel fizik. Sekelumit fundamental dalam aliran fizik tulen. Agak tinggi nilai intelektualnya. Averagenya, saya skor 20% markah kefahaman. Tapi, saya skor dalam 70% untuk pengalaman professional.

Bertempat di dewan konferens sebuah hotel 5 bintang (standard mesir) di Sharm El-Sheikh dan berskala inter-negara. Mana-mana manusia yang ingin tau lebih lanjut, silakan bertanya dengan penuh minat. Jika tidak, saya tak mampu berkongsi dengan baik.

Belajar fizik,of course. Belajar untuk kehidupan? Alhamdulillah!

Pasal persekitaran Sharm El-Sheikh. Ia amat cantik. Dulu, saya ratekan Nuwaiba' sebagai termarveles mengalahkan Matruh. Tapi, sekarang saya letakkan Sharm di tempat paling tinggi.

Bab pencemaran budaya dan mata di sana, saya katakan ia berlaku sama seperti di pantai2 lain di mesir. Cumanya, ini duta-duta dari negara kulit putih. Namun, saya di sana kerana berkonferens ya!

"Attaqwa ha huna! Wa yushiru ila sadrihi tsalasa marrat" Jika baik yang dicari, terlalu banyak yang baik akan dijumpai.

Mahu gambar? Masih dalam kamera Encik President Wan Hilmi. Belum ada kesempatan untu
k mengupload. Lagi report? Nanti lah~

##############################################################

KULIAH AZHAR

Alhamdulillah. Pendaftaran selesai. Sudah ambil laporan markah tahun lepas. Rupa-rupanya, saya gagal dengan cemerlang (dhoif jiddan) bagi subjek Hafazan Al-Quran. Untuk gagal dengan cemerlang, kita hanya perlu mendapatkan markah yang seakan-akan tiada markah saja. Contohnya seperti 0.45. Bundarkan dan jadi 0.

Macam mustahil, tapi…erm.. ada nilai pengajaran di situ. Saya takkan salahkan pengurusan Al-Azhar, sebab semuanya ada nilai hikmah. (Padahal memang patut pun gagal dengan cemerlang)

Azam baru. Sama seperti masa baru sampai tahun 2007 dulu. Pergi kuliah sentiasa dan hadiri setiap sesi. Usaha keras dan bersemangat. Ingat! Tidak pergi ke kuliah itu adalah satu kesalahan besar. Tidak beretika sebagai manusia akademis.

Tahun ini, tahun membaiki prestasi.Tahun membina semula keazaman dalam keilmuan agama. Tahun "Thaaqhib Boleh!".

Jangan terkejut kalau kerap sangat nampak Thaaqhib bergayutan di bas 80 palang. Dia tengah semangat tu~ bantu dia.

##############################################################

ZAKAT KUWAIT

Hah! Ini berita menarik. Maksudnya, berita yang zakat kene tarik. Zakat Kuwait yang berjumlah LE 375 setiap bulan bagi Muhammad Thaaqhib Mohammed ditarik serta merta.

Sebab ape? Teknikalnya, beberapa masalah berani mati yang tidak dijangka berlaku. Orang Nevada kata, salah catur. Orang Kamchatka kata, tidak disangka-sangka.

Apapun, bukan masalah teknikal puncanya. Puncanya ialah, saya tak menggunakan zakat itu dengan baik dan beretika. Betulkah?

Saya memilih untuk berprinsip, bahawa asnaf 'penuntut ilmu' tidak wujud dalam senarai penerima zakat, melainkan setelah dinisbahkan kepada 'ibnu sabil'. Oleh yang demikian, adalah mandatory kepada penerima zakat 'penuntut ilmu' untuk mempastikan ia menuntut ilmu pada jalan Allah dengan setelusnya, bagi mempastikan ia layak menerima zakat 'ibnu sabil'. Bukan semata-mata "Hei, saya student lah!"

(betulkan saya dalam bab ini)

Dan ketika memilih untuk berprinsip sebegitu, saya pernah memohon kepada Allah agar mempastikan zakat tersebut relevan dengan keberadaan saya dalam industri keilmuan lillahi taala.

Dan penarikan ini adalah simbolik, pada saya, kepada tidak beretikanya saya dalam menuntut ilmu kerana Allah. Dan gugurlah kelayakan sebagai asnaf.

Luarannya teknikal problem. Tapi, saya lebih percaya pada latarnya. Samalah seperti, saya yakin akan dapat kelayakan semula jika keazaman saya membaiki diri dan etika berjaya dilaksanakan. Allah Yang Merancang.

##############################################################

RUMAH BARU

Ini catatan pengenalan. Merancang berpindah ke rumah baru. Target : Rumah sederhana, dan menetap secara ideal pada bilangan ahlinya. Dua atau tiga manusia per rumah.

Mendemandkan rumah yang marveles, di saat orang dah tak pikir pasal rumah, dan di saat rumah pun gatal-gatal nak jadi mahal… adalah impian yang tak perlu diharapkan menjadi kenyataan. Cukup sekadar rasa best mengimpikan

Natijahnya, dari rumah terbaik di Bawabah Tsaniah, saya akan berpindah ke rumah terbaik juga di Tooba Ramli. Akan mula bergaul dengan ahli rumah yang baru. Binatang peliharaan yang baru. Juga suasana yang baru.

Punca niat ini
, bukanlah ada pergeseran dengan mana-mana individu. Ataupun wujud ketidak selesaan ruang yang sempit. Ataupun, tidak mampu membayar sewa rumah. Ataupun sudah bosan dengan suasana rumah. Tidak.

Alasannya mudah. Sebab saya perlukan sebuah Station (Bahasa Arab : Stasyiun) bagi merancang, meneliti dan melaksanakan projek saya. Bagi yang faham dan signifikan dengan kepentingan station ini, maka mereka akan faham bagaimana berteraburnya " kertas kalau tiada rak untuk di susun".

Berniat untuk memberi laluan kepada keselesaan tetamu di rumah lama, maka saya lebih suka beralah dengan mengabaikan kepentingan station ini. Namun, ketika usia di mesir menganjak kepada tahun ketiga. Dengan perkiraan 1 tahun lapan bulan sebelum tamat, dengan perancangan selari yang lain.Maka, nak tak nak, terpaksa dahulukan kepentingan diri sendiri juga.

Semoga tindakan ini diredhai dan diberkati Allah. Juga disenangi manusia.. Juga dan juga dilancarkan perjalanannya.

##############################################################

Itu saja. Yang lain masih macam biasa. Cuma, kebelakangan ni, nafsu makan hadir dengan membuak-buak. Untuk rekod, saya sudah boleh menelan secara relahati 'tokmiah' dan juga 'egar'. Mula memerhatikan keayuan 'aruz bilaban' pula.

Thaaqhib takkan gemuk, jangan risau. Beliau sentiasa tough dan fit sepanjang masa.


Mesir Sudah!

Egypt Air. MS 971.
Dep : 1 Nov 2009 (0130) KUL;
Arr : 1 Nov 2009 (0634) CAI


Assalam + Bismillah

Wah~~ nikmatnya azam baru. Rasa bersemangat dan lebih lagi. Alhamdulillah. Apabila mengambil manfaat dari kehidupan sekeliling, kita akan lebih bersemangat sentiasa.

Tiba di Mesir. Meninggalkan lokasi pengalaman berganda di Malaysia. Alhamdulillah, terlalu banyak pengalaman yang dipaksa ditimba.

Tapi, tak banyak pula yang boleh dikongsikan. Lebih seronok dan afdal disimpan secara peribadi. Azam dipupuk dalam diri sendiri dan lepaskan ekspressi dengan senyuman sahaja. Itu sudah cukup untuk bermanja dengan pengalaman tersedia, di waktu mentah-mentah usia ini.

Nantilah. Lagi sebulan dua, bila dah masak betul-betul, bolehlah nikmati bersama-sama produk keazaman tersebut. Bukan ape~ kadang-kadang azam bertukar menjadi lunyai apabila terlalu banyak THOUGHTS berbanding ACTIONS.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Criminalise War Conferences 2009. PWTC

Konferens ini tak kurang hebatnya dalam memaksa saya menimba pengalaman. Dan, saya mendoakan diri saya agar menjadi setulusnya memperjuangkan Islam pada skala komersial.

Sepertimana terkesannya saya pada pembawakan visi dan misi pemilik lagu ini. The Day Worlds Get Rounds.



(lirik : sila klik dan check di bahagian read more bagi video ini)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya akan SENTIASA berubah. Ego seorang Thaaqhib masih lagi mengadaptasi alam sekelilingnya. Mengambil yang baik dan menimbang-koreksikan yang buruk.

Kita semua manusia; terbaik pada kelas masing-masing. Dan kita juga hanya sah terbaik apabila sudah sah tidak bernyawa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota :

1) Ego = maksudnya personaliti. Jati diri
2) Terlalu banyak yang sudi dikongsi, berbanding yang dirahsiakan. Jadi, nikmatilah perkongsian itu, daripada mencari yang belum dipubliclistkan lagi.
3) Manusia dicipta dengan kesusahpayahan. Jadi, make it worth.

Belajarlah!

Introspektif itu bahasa mudahnya adalah rendahkan ego, akui kesilapan diri dan cuba bangun kembali. Usaha berterusan.

assalam+bismillah

1) Kita dah sampai di sebuah dinding yang tinggi. Dan kita selalu kata “ee~ tingginya dinding ni!”. Kemudian ada satu pintu di dinding. Dan kita perlu buka, untuk masuk ke dunia lebih luas dan indah di belakang dinding tersebut.

2) Pelajar di Al-Azhar perlu sedar dan kembali kompeten. Terlalu selesa dengan reputasi dan nama baik Universiti menyebabkan saya terlupa soal-soal persaingan, fundamental, kualiti dan juga disiplin ilmu. Dan seolah berpuas hati dengan pencapaian sedia ada… dan sentiasa memujuk hati mengatakan yang saya adalah terbaik.




















3) Sarjana Islam lebih banyak mencipta pengetahuan berbanding ilmuwan barat. Malah, Sarjana Islamlah yang banyak menemukan teknologi lebih dahulu dari ilmuwan barat. Dan, di masa kini, lebih ramai orang Islam yang lebih mengkagumi barat.~

4) Obama berkata, bahawa pelaburan dalam sains dan teknologi adalah pelaburan yang paling berhasil. Namun, pelaburan terhadapnya adalah paling kurang di dunia Islam

5) Kekayaan Intelek selalunya berada di linkungan orang intelek. Ia gagal disempurnakan penyebarannya dengan cemerlang. Ini menjadikan para ilmuwa seolah-olah berada dalam dunia mereka sendiri

6) Ilmu dan pendidikan juga adalah asset paling berharga untuk dikomersialkan. Namun, pendekatan komersial bagi membangunkan ilmu dan pendidikan tidak dipandang berbaloi serta serius.

7) Perbincangan, pertukaran pemikiran, seminar, dan pembentangan membantu untuk melahirkan manusia yang kompeten dalam bidangnya. Sekurang-kurangnya, beliau sentiasa berada dalam atmosfera yang kristal.

8) Ramai manusia berada di awing-awangan. Lebih-lebih lagi yang sentiasa tidak berada di dunia realiti. Maksudnya, dunia yang beliau sendiri berpijak dan beliau sendiri mampu mengaplikasikan teori fikirannya di lapangan.

9) Manusia suka didengari. Manusia amat liat untuk mendengarkan. Manusia suka berkata-kata. Dan manusia amat berbulu bila dengar orang berkata-kata.

















10) Rasional itu adalah buah kepada cernaan pembentangan cadangan yang pelbagai di hadapan mata. Rasional tak semestinya tepat tetapi ia sudah cukup baik bagi meraikan manusia yang analitikal.

11) Bila kita berasional, tak semestinya kita mendakwa kita betul. Tetapi, kita memberi cadangan agar terdapat juga satu garis penilaian yang lain, wujud dalam pemikiran manusia. Perlu dihormati. Walaupun tak wajib diikuti.

12) Saya cuba katakana ijtihad itu sama seperti rasional. Ijtihad hanya berlaku apabila seseorang itu mencapai tahap penilaian, analisis dan perbandingan yang masak. Begitu juga rasional.

13) Nak mencapai rasional, dengan cara pembentangan idea dan pemikiran. Mungkin semuanya dari brainstorming diri sendiri. Atau boleh juga dari makhluq pelbagai.

14) Mahu membina rasional diri? Maka dedahkanlah diri kepada pelbagai situasi. Isu yang sama diperbincangkan dalam situasi yang prisma. Dedahkan juga telinga kepada pelbagai ulasan fenomena. Dedahkan akal kepada pelbagai interpretasi. Dedahkan juga hati kepada pengamatan realiti.


















15) Paksakan pengalaman untuk ditimba. Rakuskan nafsu dalam membangunkan diri. Wujudkan identity diri dan binakan aura. Jangan pula serakah mencari geng keliling melainkan membiarkan identity dan personality diri yang mencari.

16) Dalam apa jua konflik. Dalam apa jua visi dan misi. Aset paling penting dan berharga adalah diri sendiri. Berikanlah analogi apa-apa pun, pasti akan mendapati ia berbalik kepada kemudi diri.

17) Jika tarbiyah islamiyah yang anda perjuangkan, maka ikhlaslah pada diri. Dan jenterakan diri dalam dunia yang sebenar. Tak salah anda berada dalam kotak. Tetapi adalah salah bila anda tak nak buka kotak itu.

18) Duduklah dalam tempurung, dipersilakan. Tetapi, jangan ego untuk tak nak buka tempurung. Saya akui tempurung itu bagus untuk meditasi. Saya sendiri menyukai gua, seolah-olah bersendiri uzlah dengan tuhan. Tetapi, dalam masa yang sama, kita jiwa global. Jiwa semesta.

19) Malah, saya pernah dipersekolahkan sekitar di sebuah gua di kuala. Cuma, saya sendiri berminat untuk membuka pintu gua mengambil khasiat matahari di pagi hari. Menonton cakerawala di dini hari. Bercucuk tanam di kampung kuala. Dan bila perlukan rehat, memang saya impikan enaknya gua.

20) Jika Syariah Islamiah yang anda perjuangkan, maka sentiasalah menyedari fizikal syariah itu sendiri. Tabii Syariah. Sifat dan sikap syariah itu sendiri. Dan jika anda mendakwa anda produk syariah, maka persembahkan pakej anda dan saingkanlah dengan pakej yang lain. Adakah anda kompeten? Atau hanya seronok bermain konda-kondi dalam tempurung.

21) Adakah syariah itu adalah hanya akan menghasilkan manusia politik? atau sebenarnya lebih dari itu. Mungkin sebagai ahli akademik seperti imam-imam muktabar. Mungkin juga sebagai penganalisis hukum dan pentadbir hukum yang ada kredibiliti. Tak salah menjadi apa sahaja buah hasilan syariah. Tapi, saingkanlah dan bukakanlah sedikit tingkap realiti.

22) Jika anda seorang ahli sains. Atau anda juga adalah ahli sains aplikasi. Terpulanglah. Sains dan teknologi membantu memacu ummat. Pembangunan intelek yang laju itu bermakna pembangunan yang positif pada graf. bukannya magnitude tinggi tetapi graf tiada peningkatan. Jangan jadikan kapasiti intelek anda mangsa kepada gaji dan kewangan. Di bidang manapun anda bermain dalam sains, dipersilakan MENCIPTA keilmuan. Jangan selama-lamanya bermain dengan magnitude yang sama, walaupun gaji anda sentiasa meningkat.


















23) Di akhir introspektif ini, mari kita cuba mencadangkan kepada diri sendiri agar teruskan belajar. Paksakan pencerapan akal dan hati. Teruskan menambah subjek rujukan situasi dan jangan berasa cukup dengan rujukan satu dua. Belajar dari segenap peluang.

24) Konflik, kritik. Itu semua membina. Berkongsi, menerima. Itu juga membina. Rakuskan pembinaan diri. Ataupun, kita hanya meneruskan tradisi bangsa pasca-merdeka yang begitu layu…dalam kepesatan bangsa dan ketamadunan lain membina kanopi.

25) Tapi, tidak mengapa duduk dalam tempurung. Selagi mana anda kekal membangunkan asset diri sendiri. Dan saya tahu, yang anda semua selalu saja keluar dari kepompong, dan di malam hari pulang kembali. berehat dan bermeditasi.


Tammat. Allah! Redhailah.

Isu Panas

Isu2 Panas yang saya dengar~

Assalam+ Bismillah

Pilihanraya di Bagan Pinang. Waktu itu, saya hadiri Konvo di IIUM. Masa otw balek ke Ipoh, sempat berselisih di R&R Tapah dengan orang kuat Pas Rapat Setia.

Tahniah kat manusia2 yang menang di Bagan Pinang. Tahniah kat manusia-manusia yang belum sampai giliran menang di Bagan Pinang.

Tahniah juga kepada segenap manusia yang sentiasa menang akhlaq ketika menang kerusi dan juga ketika belum menang kerusi di Bagan Pinang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isu UMNO+ISMAMESIR+KPT di Mesir sana.

Erm! Ketika Aishah difitnah ketika peristiwa hadis ifki, Rasulullah langsung tidak mempertahankan Aishah. Sekalipun, diakui kesolehahan Aishah, Rasulullah tetap ambil pendekatan tidak menyebelahi Aishah membuta-tuli. Baginda menunggu petunjuk wahyu.

Jika ISMA berbuat salah. Maka, kita hukumlah ia dengan pembentangan legislatif. Jangan kita dengar ISMA sebagai orang baik-baik saja..maka, kita terus baik sangka bahawa mereka itu sebenarnya difitnah. Jangan berbaik sangka sehinggalah kita selesai membentangkan secara legaslatif. AYUH!!!

Namun, adakah kita telah memulakan walau sedikitpun proses itu?

Rasulullah tidak merejam Aishah, sebelum turunnya wahyu. Kita pula?

"Hey! Thaaqhib. Kamu orang side mana?" - saya orang fizik. dan saya juga orang shariah ( law). ada disiplin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isu JPMK di Mesir halang penganjuran Pembacaan Kutub Sittah. Kecoh!

Erm. Saya cadangkan, bahawa inilah situasi yang mampu menaikkan populariti dan kepentingan Kutub Sittah itu, yang semestinya merupakan warisan Islam yang agung.

Dan saya juga optimis yang PMRAM mampu menganjurkannya juga. Diplomasi yang baik mampu menjernihkan keadaan. Mahasiswa adalah lapisan masyarakat yang paling ideal untuk belajar berdiplomasi dan berpolitik bersih.

Ayuh. Mana yang berkesempatan, jangan tipu yang anda tak tahu pasal Kutub Sittah ini...setelah kecoh satu planet pasal Kutub Sittah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isu Tenaga Nuklear dan Malaysia.

Hah~ Isu yang kecil dan hanya berkeliaran di bawah meja sahaja. Meja teh yang kakinya pendek, untuk orang bersila. Maksud saya, budak2 kecil sahaja bersila. Ha! di situlah isu ini hangat berkeliaran.

Hey! Dunia sudah tenat. Seperti album Mirwana yang akan-terbaru, berjudul BUMI AKHIR USIA!. Saya secara peribadi menyokong pendalaman studi serta kajian terhadap ilmu intelektual ini. Namun, USAH DIAPLIKASIKAN!

Kerana, kita masih belum mampu mewujudkan teknologi yang betul2 HIJAU untuk menyelamatkan bumi ini. Mereka cadangkan tenaga nuklear bagi gantikan tenaga hidro dan arang batu, yang menyumbang kepada pembebasan gas rumah hijau. Hey! namun, adakah itu benar2 menyelesaikan masalah?

Satu hari suntuk saya hadiri konferens "Does Malaysia Need Nuclear Energy". Pembentangan dari enviromentalist Aussie, dari wakil TNB, dari CEO TNB, dari CEO Shell, dari serantau ASEAN..dan sebagainya. Gaduh-gaduh. Dan saya tetap yakin bahawa nilai intelektual ini masih belum mampu menyelamatkan dunia.

Namun, kalau saya ada rezeki nanti, memang bidang fokus saya adalah Nuklear.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anak kepada seorang pemimpin kanan HAMAS telah murtad?

Ini dapat dari mesej dari ayah saya. Hey! ada sesiapa yang ada info? Saya mahu info! Tak mahu komentar. Maksud saya, saya mahu fizikal peristiwa.

Rujuk youtube. Mosab Hassan Yousef. Son of Sheikh Hassan. Saya sendiri tak tengok lagi. Sebab saya tidak cukup kuat pengamatan dalam isu ini. Jadi, tak mampu beri feedback yang komprehensif.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isu Niqab diharam di Mesir oleh Syeikh tantawi.

Tahniah kat ust hairul nizam mat husain. Beliau beri preskripsi yang mendetails siap dengan terjemahan fatwa.

Alhamdulillah. Saya juga bersyukur kerana masih berpegang kepada prinsip, PHYSICAL FIRST, THEN CRITICS. Ini prinsip ciptaan saya. untuk diri saya. Apa-pun isu, kita perlu bebas dari komentar, kritikan dan juga rumors.

Tenang. Rujuk sumber. Bentangkan. Dan diskusi.

Ketika dapat berita isu ini. Saya terus rujuk beberapa orang. Minta ditrace kembali asal-usul berita, kaji wording dan juga sepadat mana fakta yang diberi. Saya tak melenting terus, marahkan Sheikh Tantawi. Saya juga tak terus hebat mencemuh kredibiliti sheikh itu.

Dan terima kasih sekali lagi untuk ust hairul nizam atas kerjasama.

Tun dan Tony

Ini catatan saja-saja. Update saja2 dan sedikit pandangan pasal Tun dan Tony di bawah sekali.

Assalam + Bismillah

Uh. Lebih dua bulan setengah di Malaysia. Uh! Banyak pengalaman ditimba. Banyak pengalaman dipaksa-paksa. Banyak pengalaman yang datang tiba-tiba. Dan semuanya berlaku dengan sinkronising yang harmoni.

Ya! Saya sibuk. Kawan-kawan sudah bising “kamu poyo sibuk”. Famili…haish “tak de kat rumah je dia ni”. Jawapan saya sentiasa begini. “Saya berurusan di KL dan sekitarnya. Ada lah sikit-sikit pasal pelajaran. Saya main Ipoh-Shah Alam-KL”

Dan saya pasti.. semua faham dan mengerti.






















Hurm. Tahukan? Yang menyibukkan kita..adalah segala apa yang asyik kita fikir dan buatkan ia sibuk.

Cuma, kecewa juga. Kalaulah saya boleh sibuk dalam urusan yang bagus-bagus seperti dakwah dan tarbiyah… kan bagus~

Tidak mengapa. Walaupun, kelihatan agak tidak seimbang neraca prioriti saya, percayalah! Saya masih bersyukur kerana ia masih bergerak mengikut perancangan, seperti dahulu.

Dalam segala apa pun bidang yang kita ceburi, tanggunggjawab kita adalah memberikan komitmen yang terbaik. Berprinsip dengan disiplin bidang masing-masing; pasti akan menyerlahkan nilai yang tinggi dalam pengamalan kita.

“Multi-Disiplin!”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~``

Sejak ketika mula mencintai Pendidikan Syariah Islamiah di Mesir, saya tegas mengatakan bahawa seharusnya mahasiswa yang berada dalam bidang ini, mengamalkan disiplin syariah itu sendiri. Saya menggariskan disiplin itu sebagai :

1) Menguasai asas bahasa. Mengkaji ke dasar etimology. Kajian asal-usul bahasa. Dan saya maksudkan Bahasa Arab.
2) Berfikiran kritis dalam mencipta permasalahan agar ditemukan penyelesaian jauh lebih awal daripada kemunculan realis masalah tersebut.
3) Tidak terhenti dengan budaya menerima sahaja regularatori nenek moyang.



























Itulah disiplin bagi seorang pelajar undang-undang syarie. Tidak semestinya ia perlu mahir dan terhebat dalam berdisiplin, tetapi, seharusnya tidaklah terlalu longlai hingga jatuh melepasi tahap minima. Minimanya mungkin~~~~~ Mindset. Cara Berfikir. Dari situ, kita bertatih dan berlatih

Alhamdulillah, di peringkat diri saya, saya beri pujian untuk diri saya sendiri agar terus maju. Thaaqhib! Teruskan mempelajari bahasa. Dan teruskan berimpian. Walaupun kamu lemah dalam bidang ini. Perbaikpulihlah pencapaian kamu itu.

Dan sebagai nilai tambah, saya seharusnya menyatakan dengan jelas kepada diri saya, level tertinggi apakah yang layak untuk saya. Dan dari situ, baru kita belajar menembak dengan tepat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hah! Tadi baru pulang dari ‘kuliah keilmuan’ di KL CC. Topik tentang Pengkomersialan Intellectual Property. Di situ, kita pelajari tentang trend pesat tentang dunia keilmuan. Erm! Perkongsian Charles Day. Dari Melbourne Ventures, proksi yang menjaga Venture Capital bagi pihak Melbourne University.

Ayuh jadikan ilmu kita pusat kekayaan.

Bak kata Allahyarham Dato’ Yusuf Zaki, “Tak Kaya Harta, Tak Pa, Biar Kaya Ilmu.” Beliau dianugerahkan Anugerah Khas Juri sempena Anugerah Media Islam Negara 09 di PICC semalam – saya pergi bersama Alexuma. Jumpa Prof Yusoff, Ust Syafiq dan Asif.. dan lupa..Dr M (dari jauh je~uh). Cuma kecewa lah. Kenapa tak jemput Yasin jadi performer? Dia mahal kah?

Hey! Terharu sungguh mendengar periwayatan hidup Dato' Yusuf Zaki. Penterjemah Tafsir Fi Zilal Quran ke dalam Bahasa Melayu.


























Kemudian berkongsi kisah kejayaan Air Asia. Sepatutnya Incik Dato’ Sri Tony Fernandes datang, tapi gagal dan diwakili Chairman satu lagi Dato’ Abd Aziz Bakar . Menarik! Pasal “Innovation Power!”. Pasal “Low Cost Doesn’t Mean High Risk”. Pasal “Desire dan Positive Thinking”. Pasal “Branding”. Dan pasal “believe in what we believe”.

Yang membuatkan, para peserta bukan sahaja terpegun, malah yakin bahawa di setiap hujung pengimpian…. ada kejayaan yang menunggu!

Hah! Lupa, pagi tadi baru saja dibakar-bakar pasal betapa tingginya nilai intelek pada pengkajian tenaga nuclear. Itu ketika di syarahan umum di UM. Alhamdulillah, ditemukan dengan Deren (perempuan cina, undergrad of UM). Dia syorkan pergi konferens. Yang agak tidak bersetuju pengimplementasian tenaga nuklear. Ya,pada sabtu inilah!

Orang fizik menyokong pada nilai intelektualnya. Orang environmentalist menentang pada disasternya. Erm! Memang benarlah. KITA BELUM MAMPU MENCIPTA SAINTIS YANG BAIK. Tapi~ sampai bila ek?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dr M dan Tony Fernandes

sekadar pandangan peribadi

Apa yang sama?

1) Visi jauh dan jelas
2) Berani melakukan perubahan janggal
3) Kuat jatidiri

Apa yang beza?




















DrM seorang yang idealistic, berhasrat membangunkan generasi standard pertama dari sudut minda dan kehidupan. Mungkin itu beri alasan kepada projek-projek meganya. Juga cadangan PPSMInya. Juga lain-lain dalam karier politiknya. Niat mungkin ingin menganjak paradigm bangsanya, cuma~ masih belum terdaya. Namun, hey, tetap ideal!

























Tony pula, seorang yang realistic, yang lebih gemar berinteraksi dengan dunia yang penghuninya majority kelas pertengahan dan bawahan lalu membangunkan operasinya tidak melebihi jangkauan mampu mereka. Pun, beliau tetap memastikan kualiti yang dipersembahkan juga haruslah terbaik pada kelasnya. Sekalipun masih di kelas yang sama, ia tetap dijulang tinggi.

Mungkin itulah kayu nak mengukur MAS dan Air Asia, kot~

Masing-masing ada pro dan kontra. Siapa kita untuk menilai keberhasilan dan kepalingbetulan? Tugas kita hanyalah bertegas dalam disiplin masing-masing dan teruskan berusaha dalam landasan masing-masing!

Politik Mahasiswa di Mesir?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya baru tahu. Ada tempat bernama Malang. Di Surabaya. Indonesia. Uniknya nusantara kita kan? Mesti ada maksud lain bagi 'malang'.

Update LAH!

Update. Lagi kurang sebulan sebelum balek Mesir. Nombor satu sampai sembilan.

Satu

Masih lagi dalam pencarian album asli Arus Qudus. Dan berpusing-pusing lalu berjumpa album Koleksi Terbaik Yasin-17 Lagu. Paling special apabila track #1 adalah Nur Kasih yang orang kata fenomenal.

Dengar juga sentuhan baru (rasanya, ini gubahan ketiga) bagi lagu Mimpi Laila. Juga rock version of Salsabila. Bagi peminat slow, boleh hayati Bak Sutera Di Helai Mawar. Lagu raya khas oleh Yasin. dan apa lagi? Banyak lah!

Walaupun lagu-lagu ala etnik kreatif dan juga world music kurang mendapat sambutan, namun ia tetap terbaik dalam kelasnya tersendiri. Pun, teguran ikhlas untuk beliau, sila kurangkan sentuhan techno. Masih perlu dalami lagi seni itu. Dan, bagi pengusaha seni seperti beliau, yang berusaha keras menghayati seni, saya tetap menyokongnya.

Walaupun dengan sekecil-kecil, membeli yang ORI.


















Dua

Alhamdulillah, ini pencapaian yang baik untuk saya. Apabila amat tetap dengan usaha agar tidak mencuri hasil kerja orang lain. Mungkin hasil dari minat dan kesedaran membangunkan karya yang terbaik dan berkualiti. Anti-lanun.

Ingat lagi, semasa saya menggunakan duit belanja di asrama untuk membeli VCD Original Buli, karya layer perak sulung Afdlin Shauki. Ayah tak bagi ke wayang, ada sebab-sebabnya. Untuk Software Komputer, saya banyak membeli cap lowyat. Namun, tetap di hati mencadangkan cap asli.











































Dikuatkan lagi dengan pembacaan saya dalam risalah Majlis Agama Islam Perak, yang mencadangkan agar Cetak Rompak itu dipandang sebagai mencuri hak milik orang lain. Khianat dan juga haram. Itu pada tahun 2006.

Bersabar dan ikat perut. lebih baik dari beli barangan lanun.

Namun, saya masih lagi membeli hasil cetakan lanun. Meraikan torrent.~ sehinggalah, saya rasa begitu kuat sehingga hari ini. Dan, saya akan cuba sehabisnya. Semoga Allah Bantu lagi Redha.

Tiga

Menghadiri Pameran dan Seminar Malapetaka Bom Atom di UM. Masih belum selesai, akhir oktober nanti, selesai. Dan rupa-rupanya, banyak yang perlu dipelajari. Lebih banyak dari hanya sejarah dan malapetaka. Erm! Fizik terutamanya. Betapa intelektual yang begitu hebat, disalahgunakan oleh manusia yang pendek pertimbangan.



















Diberi peluang mengetahui bencana sebegitu rupa, membuatkan saya berasa amat perlu untuk melakukan sesuatu. Apa? saya pun tak tahu.

Saya mengibaratkan seperti pisau. Jika diberi pada orang mahir, maka banyak ukiran seni yang mampu dizahirkan. Jika diberi pada orang gila, maka hancurlah!. Tapi, boleh juga diibaratkan dengan mercun. Baikkah. Jahatkah. Sudah banyak kes melibatkan bencananya~ bukan?

Entahlah. Banyak lagi isu dalam Nuclear Fizik. Bukan hanya senjata perperangan atomic bomb. Mungkin, perlu kita pilih tugasan utk menzahirkan isu putih lagi jernih yang lain dalam Nuclear Fizik. Dan~tidak lupa! Membina saintis yang baik.

Empat

Politik Malaysia. Nampaknya, UMNO sudah makin berstrategi dalam memenangi hati rakyat. Dulu, hanya janji dan tipu dan~. Namun..ingat! anda masih lagi tidak mampu menipu diri sendiri

Bagi persatuan pembangkang, yang Muslim, jika anda ikhlas..banyaknya pahala anda! Tahniah. Teruja dengan jasa anda.

Namun, kepada semua. Tetaplah ingat yang kita ni hamba Allah. Ada batas dan ada panduan. Jangan sampai melampau. Saya pun juga! Kita masuk syurga dengan Redha Allah.

























Politik Jemaah. Erm, memang turun dan naik dan tak tahu lah. Cuma, ada isu boleh dipolitikkan, ada juga isu yang rasanya perlu disejukkan. Selain penggerak jemaah, kita juga penggerak pendidikan, kita juga penggerak social, kita juga penggerak ekonomi, kita juga manusia yang duduknya satu planet.

Jika kita tak mampu bersatu, kita masih lagi mampu saling menerima perbezaan kita. Musuh kita tahu yang kita ini serupa.

Bunyi-bunyi di Mesir. Bunyi-bunyi di Ipoh. Bunyi-bunyi. Saya pula lebih seronok dengar runut bunyi Nur Kasih.

Lima

SPM 2009. PMR 2009. STAM 2009. Kepada anda semua. Ifah dan sesape lah. Ada masa sedikit lagi. Pergilah belajar, dan memang dah terdesak untuk peperiksaan. Belajarlah untuk skor exam itu. Walaupun begitu, sekali-kali jangan niatkan belajar untuk peperiksaan.

Mana-mana yang dah terdoktrin dengan cara saya..belajar untuk kehidupan, boleh berhenti sekejap untuk boost menuju exam. Skorlah exam kamu! Dan, boleh teruskan penghayatan ilmu anda selepas itu. Hanya diri anda yang tahu sejauh mana anda jujur dengan ilmu anda.

Namun, saya masih seronok jika anda berjaya buktikan, anda mampu jadi harapan manusia-manusia seperti saya yang berminat melihat anak bangsa belajar untuk menguasai ilmu! bukan hanya peperiksaan~

Enam

Konvo UIAM 2009. Tahniah lah untuk angah. Kadang-kadang, kita seksa yang amat utk melepasi exam. Tapi, lebih dari seronok apabila yang kita tahu, kita berjaya kerana kita hargai ilmu itu.

11 oktober 2009. hanya dua kerusi. Ibu, ayah. Habis? alang nak duduk mana?





Tujuh

Check Six! Belajar perkataan ini dari buku Richard Feynman. Seorang ahli fizik Amerika yang menyiasat kegagalan Apollo 12 (lupa nombornya) yang begitu mengujakan. Di ambil dari istilah angkatan tentera, seperti yang diberi tahu oleh rakan sekumpulan kajiannya itu.. Lihat jam enam. Bermakna lihat orang di belakang. Ketika memandu kapal terbang tentera, kadang-kadang dianiaya dengan serangan dari ekor, yang kita sendiri kabur dari melihat kedatangannya.

Kadang-kadang. Dalam situasi biasa, tenang tiada apa-apa masalah. Rupa-rupanya ada ancaman dari belakang. Hurm!

Check Six! Yahudi di mana-mana.
































Lapan

Ini satu sajak yang, saya puji dari sudut sajaknya. dan saya teruja dengan mesejnya. Ini semasa pameran Malapetaka Bom Atom. We Shall Bring Forth New Life. Beri sinar baru, walau sekelam mana pun kegelapan.

We Shall Bring Forth New Life (Sadako Kurihara, A-Bomb survivor)

It was night in the basement of a broken building.
Victims of the atomic bomb
Crowded into the candle less darkness,
Filling the room to overflowing --
The smell of fresh blood, the stench of death,
The stuffiness of human sweat, the writhing moans --
When, out of the darkness, came a wondrous voice.
"Oh! The baby's coming!" it said.

In the basement turned to living hell
A young woman had gone into labor!
The others forgot their own pain in their concern:
What could they do for her, having not even a match
To bring light to the darkness?

Then came another voice: "I am a midwife.
I can help her with the baby."
It was a woman who had been moaning in pain only moments before.
And so, a new life was born
In the darkness of that living hell.
And so, the midwife died before the dawn,
Still soaked in the blood of her own wounds.

We shall give forth new life!
We shall bring forth new life!
Even to our death.
































Sembilan

Jemput datang rumah. Silalah. Tak tahu? Kol 013 456 5992. Raya ke, tak raya ke~ kami open sahaja. kol dulu, untuk kepuasan

Bencinta

Aku cinta. Aku benci. Haish~~IT oh IT.. suka..tapi~

#######################################

Assalam+Bismillah

Sebenanrnya. Bukan anti-IT, bahkan ego saya keras mengatakan bahawa saya antara yang pantas mengikuti jatuh bangunnya.

Cuma, saya ada alasan tersendiri, menjauhkan diri dari terlalu dikelilingi gadget produk IT. Sekalipun, IT dan Fizik Gunaan adalah anak beranak, saya mula merasai selesa bermain hidup tanpa pecutan IT yang terlalu hebat. Malah lebih selesa dengan gaya hidup hampir konservatif.

Dengan IT, minda lebih terbuka dan lebih terkehadapan. Dengan IT juga, ramai manusia jatuh produktiviti. Masa juga.

Lebih suka jika begini. Kemahiran di tangan, walaupun tidak berpunya apa-apa di tangan.

######################################

Ketika menjawab soalan, sesetengahnya. Saya mengatakan masa saya kadang2 terlalu lama dengan computer dan peirisiannya, sehingga saya mencurahkan tenaga lebih banyak di sana. Malah, oleh kerananya lah, saya sempit masa.

Saya cuba mempelopori pelbagai kaedah penjimatan masa apabila berteknologi. Juga peningkatan produktiviti dengan bantuan teknologi.

Dan masih belum berpuas hati. Manusia mengatakan mereka berproduktiviti, cuma saya masih belum berpuas hati. Tapi, biarlah…masih ada masa lagi.

Maksud saya; produk = masa = tenaga = teknologi = nilai hasil.

Sungguh~

#####################################

Ada sedikit artikel dari TechRepublic. Republik alam maya. Saya salah seorang rakyatnya. Baru awal tahun hari tu, mengundi presiden republic saya. tuan incik Leo Laparte

Tulisan Toni Bowers..manusia berjantina wanita


Ini pasal tempoh bekerja per minggu , bg pekerja IT, yang amat melampau lama. Memang pon~ sesiapa yang terlibat, mesti faham… betapa banyaknya masa digunakan utk IT.

Hey, mula!

….

IT has always been known for its long hours, but a new survey released by The IT Job Board says the situation is getting worse. In fact, 7.3 percent of the survey respondents claimed that this year they’re working 60 to 75 hours on average each week — that is one third higher than 2008 (at 4.8 percent).

75 percent advised that their company doesn’t pay overtime (or the positions are salaried), and 54 percent claimed to taking work home.

The reasons behind this trend are as you would expect — high volumes of work and management expectations of staffers.

When asked what impact the longer working hours was having on their professional and personal lives, those surveyed responded..

  • 34 percent believed that their work productivity has decreased.
  • 66 percent stated that their social life has been affected.
  • 37 percent claimed their health had been affected in some way.

So how do you fall in these statistics? Are you working more hours?

##################################

Jangan contohi saya. Teruskanlah menceburi IT. Saya gagal susun masa, itu adalah kegagalan saya. Bukan ANDA!. Ini ada satu iklan. Saya pergi. Sudah daftar. Anda?



























Edisi Enam Perkara

Edisi Enam Perkara-lah. Ucap2 pantas sementara masih sempat-menyempat




















Satu


Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Berhutang? Kalau di Malaysia, sila tuntut sebelum 31.10.09. Jika di Mesir, tuntut selepas 31.10.09. Hutang emas, hutang budi, hutang jiwa. Hey! Sudah mula teringat nak balek Mesir...hehe.

Dua

Suatu hari nanti, saya akan menjawab soalan2 yang anda tanya. Dengan jawapan tebaik dan yang menghormati semua pihak. Saya sehat sahaja. Dan jangan risau lebih-lebih. Saya suka berahsia. Tetapi lebih banyak yang saya kongsikan dari yang saya rahsiakan.

Tiga

Kepada sesiapa yang suka keji mengkeji orang, dengan alasan yang begitu baik…maka sedarlah bahawasanya..Nabi Muhammad itu lahir untuk penyempurnaan Akhlaq yang baik.

Bawalah Islam dengan telus. Jika yakin anda benar, maka berlakulah benar. Jangan pula sibuk berusaha membenar-benarkan apa tindakan anda. Sampai semua yang dilanggar..dikatakan BENAR.

Empat

Potensi setiap manusia perlu dihormati. Dibangunkan dan dipecutkan. Setiap manusia itu ada nilainya. Kalaulah semua manusia berperangai seperti ahli fizik… yang begitu yakin dan optimis kepada potensi setiap zarah. Diperhatikannya begitu tekun dan dibangunkannya. Siapa sangka ada itu ini pada hari ini. Di mana itu dan ini tersebut adalah bahan ketawaan di zaman dahulu. Eh! Di zaman sekarang pun sudah banyak yang ditergelakkan~ tapi..herm..tunggulah zaman cucu saya.

Opss~ Cuma saya lebih memandang serius potensi manusiawi. Pada nilai sahsiah dan fitrah murninya. Sekarang diketawa. Atau mungkin disenyum siniskan. Atau mungkin di‘depan-puji-belakang-keji’kan.

Lima


Kalau diberi peluang untuk beri pendapat mengenai status politik Malaysia sekarang ini, maka saya cuba untuk berkata :

Kelajuan membunuh. Ikut had laju yang dibenarkan. Jadilah pemandu berhemah. Kalau pemandu lain ganas-ganas, kita jangan ikut ganas. Pada hemah itu ada barakah”

Tapi, ye la. Orang yang suka bermoral dan suka berlandaskan tema didik, mananye orang politik nak dengar kata-katanya.

Enam

Belajarlah untuk kehidupan
. Bukan untuk menghabiskan silibus. Apatah lagi mengejar peperiksaan sahaja. Malaysia akan cemerlang dengan modal insan gemilang..yang betul2 berkualiti dengan ilmunya. Doakan kita semua ya! Khas utk budak2 sekolah rendah, menengah, uni dan orang-orang tua kaki belajar.


Jangan Jadi Orang Lain #2

Ini adalah sekuel kepada tulisan yang INI. Keliklah ia, untuk segar-semula.


Assalam + Bismillah

Manusia itu ramai. Manusia juga pelbagai. Manusia ada MATA berjenama sama, cuma fokus praktis nya berbeza. Manusia itu juga semestinya ada RASA, yang seperti “kamu rasa begitu,saya pula rasa begini”.

Manusia itu juga dibekalkan Jati Diri. Lahirnya manusia di bumi, jiwa raganya sudah itu-ini. Berdirinya manusia itu, sudah ada uniknya tersendiri. Tapi,jangan lupa! Manusia itu ramai. Manusia juga pelbagai.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Okeh! Ini tulisan nada bersahaja. Sekadar mempastikan spesis-spesis manusia yang ada di dunia ini terus memandirkan spesis mereka. Tidak mematikan diri mereka. Tidak hanya menjadi penonton sepenuh masa.Tidak hanya menjadi pengkagum semata-mata.

Ya! Manusia itu pelbagai. Dan untuk melihat keunikan ini, spesisnya juga perlu kekal pelbagai. Ini adalah lumrah fitrah. Masakan ada interkasi sosial?Jika variety spesisnya tiada.

Ini bukan fahaman liberal ya!

Begini. Mudahnya begini. Jika ada yang bertanya kepadasaya, “Kamu bawa ISLAM ya? Tapi, apa fokus penyampaian kamu ya?”

Maka,seperti biasalah jawapannya. Saya menghalakan fokus saya kepada pembangunan potensi para manusia, yang mereka-mereka ini acap kali tersorok di bawah meja, terselit di celah gigi, terkapit dua menara, tersisih tepian jambatan dan ter-ter-ter yang lain.

Nilai pada jati diri mereka itu amat besar dan menyerlah pada skala yang mendasar. Namun,mungkin dek kerana atmosfera survival yang mereka takut-takuti atau phobia, maka mereka seolah-olah membiarkan potensi nilai jati diri itu terus berada di dasar.... dan terus berada nun jauh ke dalam di sana.

Atau mungkin,mereka ini menjadi inferior sebegitu dek kerana berasa tidak sesuai untuk menyuaikan diri. Dari cuba mempasarkan diri, lebih baik menyendiri. Kalau bertanding pun kalah, lebih baik menjadi orang bawah. Maka, hasilnya duduklah di bawah meja. Mengintai dan bising-bising. Tetapi, tak nak keluar dari persembunyian. Malu, takut dan tak yakin. Bukan menyalahkan orang lain, tetapi diri sendiri tak ada yakin.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hey! Tahukah anda, setiap zarah atom di alam ini, apabila kita merujuk terus ke dasar nukleus, maka anda akan dapati ia amat ajaib! Kerana pada skala begitu seni seperti itu, ia sebenarnya memancarkan cahaya! Tetapi, apabila dilihat dari luar pada keseluruhan binaan jasadnya....ia langsung tidak memancarkan cahaya.

Ambil contoh sehelai meja kayu di sekolah. Anda lihat ia. Bercahaya atau tidak? Atau hanya kusut-kusut sahaja. Tapi, cuba di bawa ke makmal, dan kita perhalusi pemerhatian hingga ke peringkat seni.. maka anda akan terkejut. MEJA BURUK ITU SEBENARNYA MEMANCARKAN CAHAYA!

Lihat! Itu adalah fenomena fizik. Manusia juga,saya percaya ada fenomena seperti itu. Hebat di dalam. Tetapi belum mampu mengKEJUTkan dunia luar. Potensi yang berharga hanya tertanam dan terus tertanam. Erm.

Maka, di situlah FOKUS saya. Saya cuba praktis gaya itu. Itulah ISLAM yang saya bawa. Dan, itulah ISLAM.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Cerita Satu

Ada seorang kawan. Umur muda setahun. Kita beri nama Sarlando. Beliau ketika di sekolah merupakan seorang pengisi kekosongan senarai nama pelajar ‘nakal-nakal ayam’. Saya kenal beliau sebagai salah seorang budak yang mencuba aktiviti merokok secara kecil-kecilan sejak umur form 3. Saya bersama beliau tidak kekok, untuk curi-curi keluar ketika di asrama dulu. Saya gemar berinteraksi dengan beliau. Beliau ada cara melahirkan rasa hormat tersendiri. Saya tak lama bersamanya. Tetapi saya ada banyak masa bersama dengannya.

Balik dari mesir itu hari. Saya ada berjumpa dengannya. Ketika itu baru pulang dari UM. “Sarlando, aku nak turun umah ko!”. “Hah! turun ah”. Sebenarnya, pada hari semalamnya, saya ada bersembang dengan kawan lain tentang Sarlando, jadi tergerak pula nak berjumpa dengannya.

Saya tak terkejut berjumpa dengan beliau.Masih sama seperti dulu, fizikalnya.

Ini cerita yang menarik apabila kami berkongsi tentang pengalaman kerjayanya. Beliau diterima sebagai seorang pekerja marketing surveyor. Kerja servey untuk barang2 jualan. Baru 4 hari kerja, sudah berhenti. Apa sebab? Dalam sedar tak sedar, rupa-rupanya beliau sedang dalam proses survey satu produk arak. Maka, melentinglah beliau. Dan terus berhenti.

Beliau sepatutnya dinaikkan pangkat hujung tahun ini, menggantikan supervisornya. Satu anak tangga dalam tangga gaji.

“Pale ko! Aku mempertahankan aqidah aku.” “Saya MUSLIM kak! bukan MELAYU!”

Cerita Dua

Masih tentang Sarlando. Ini ketika bersembang pasal. “Weh, ko merokok lagi tak?”

“Aku dah berenti qib!”.
“Apasal berenti, ye la..sebab menganggur ek? income tarak?”
“Tak gak qib. Sebenarnya sebab ALLAH!”
“Erk!”
“Betul qib, tade sebab lain. sebab ALLAH!”

Beliau berhenti merokok setelah suatu hari demam..dan tak rasa nafsu langsung nak merokok. Padahal selama ini, kalau demam teruk macam mana pun, mesti nak kene mengasap! Para perokok mesti tahu betapa susahnya nak berhenti merokok ni.

“Aku terharu dengan ko!”

MEJA BURUK LAGI KUSUT DI SEKOLAH, KALAU DIPERHALUSI PARTIKELNYA… IA BERCAHAYA

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Cerita Tiga

Seorang kawan. Namanya Vlademeir. Seorang yang berprofil tinggi ketika di sekolahnya. Saya rasa menjadi seorang tukang awas itu pun sudah berprofil tinggi. Saya ni, profil hanya pengangkut file sahaja.

Seorang penghibur. Juga seorang peminat jalan dakwah. Minat membentuk manusia menjadi itu-ini yang rabbani. Ada keupayaan berfikir yang tinggi. Dan seorang yang kemas dalam perancangan hidup.

Cuma, itu tidak cukup. Beliau mungkin hebat. Cuma, beliau ibarat berada di tengah-tengah antara dua menara KLCC. Terlindung matahari. Juga tersorok dari pandangan.

“Hey! awak baguslah, awak kene percaya dengan diri sendiri!”
“ Ye, saya faham. Tapi…saya terlindung di bawah bayangan beliau yang itu~~”
“ Tak timbul masalah terlindung bro! Anda kene ada jati diri. Anda adalah terbaik pada kelas anda!”

Mungkin beliau berada dalam kelompok yang semuanya berprofil tinggi. Lalu, bila beliau mengukur kain di badannya sendiri, terasalah beliau kecil. Lalu..membawa diri.. tak mahu bersaing. Biarlah. menyorok jadi orang belakang saja.

Kebetulan, saya menjumpai beliau, ketika mana saya amat kerap bermain2 di belakang ‘pentas persembahan’. Suka bergaul dengan orang-orang terlindung ini. Suruh mereka. “Kami menunggu persembahan anda!” Maka, harap-harapnya mereka beraksi lah.

Seorang yang teguh berjati diri… akan tahu menghargai potensinya. Bukan untuk bersaing dengan yang lain, tetapi menghargai potensi diri

BUKAN TERHANDAL BUKAN TERKUAT, CUMA TERHANDAL DALAM APA YANG KU BUAT


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Cerita Empat

Banyak cerita lagi. dan malas nak menaip.. Takpe lah. Tunggu yang ketiga punya version.

Cuma kesimpulannya, bagi setiap posting berjenama ini adalah

1) Anda adalah diri anda. Dan anda mampu menjadi begitu baik lagi terbaik dengan diri anda. Anda, sudah semestinya mampu meraih Redha Allah dengan pengoptimuman potensi anda. Sekali lagi. Anda adalah diri anda.

2) Anda merasakan diri anda tidak compatible dengan skema “orang-orang baik”? Tidak mengapa. Maka, belajarlah dari yang tahu. Tidak malu bertanya. Tidak segan untuk bertindak. Anda tak perlu asimilasikan peribadi anda. Tetapi hanya perlu adaptasi sahaja. Asimilasi itu maksudnya, tukar-buang-dan tampal. Adaptasi pula adalah ambil-rujuk-olah.

3) Manusia itu ramai. Manusia juga pelbagai. Banyaknya spesis di dunia, kalau semuanya menurut Redha Allah..~ alangkah indahnya. Sekalipun, spesis itu adalah minority, ia tetap ada hak untuk kekal hidup. Jadi perjuangkanlah spesis anda sehingga ia menurut Redha Allah. Jangan biar ia leka dan menyorok..lalu pupus.


Nota kaki :

Untuk posting asal versi satu yang dulu. [rujuk sini] Saya, mungkin terlalu memberikan contoh yang agak peribadi dan sensitive. Lalu mengundang sedikit kekecewaan beberapa pihak. Sekalipun niat saya bukan nak mengungkit, tetapi mungkin itu yang difahami. Jujurnya, saya tiada masalah dengan segala peristiwa itu, Cuma saya masih menganggap ia sebagai sejarah. Dan sejarah yang banyak mengajar saya.

Yang perlu difahami ketika membaca tulisan-tulisan seperti ini, adalah bertukarlah menjadi manusia subjek. Belajar berada di tempat manusia sebegini. Lalu memahami masalah mereka. Ketika itu, hilanglah persepsi yang beralurkan emosi.

Apa-apapun, saya masih penulis biasa dan biasa buat kesilapan. Maka, maaf dipinta. Suatu hari nanti, saya yakin , saya dapat memperkemaskan modul penyampaian idea dan konsep bagi tajuk :

JANGAN JADI ORANG LAIN

Lagi. Lagi.

"harapanmu, inginku laksanakan"

Assalam + Bismillah

Ini yang pernah dan masih sempat.

Waktu zaman Tun Dr M, kita sorak nada "WAWASAN".
Waktu zaman Tun Abdullah, kita azam-azam "INTEGRITI".
Waktu zaman DS Najib, kita berdiri dengan "AKAUNTABILTI"

Saya masih menunggu, PM kita yang ke tujuh. Apa la agaknya temanya waktu tu ye?~





+++++++++++++++++++ hurm+++++++++++++++++++++

Kalaulah MELAYU MUSLIM masih tidak berubah..~~~

+++++++++++++++++++ hurm+++++++++++++++++++++

























Nota kaki :

1) Saya katakan Ramadan itu bulan untuk WAWASAN. Ramadan juga pusat latihan INTEGRITI. Dan Ramadan juga lambang AKAUNTABILITI. Iya! ini postnya!

2) Saya juga masih begini. Bising-bising! tapi, otak hanya ligat berfikir.."nanti nak naik flight ke mesir..luggage dapat 40 kilo atau 20 kilo?~"

3) Eh, eh. Juga lupa. Yang saya sedang berkira-kira, tema apakah yang akan saya perkenalkan, bila saya menjadi PM satu nanti. Bila tu? 2050? awal sangat. Ha! nanti, kamu jangan lupa sorak-sorak bersama saya!




















And.. what are you?

Salam
O my folks, do realize that we are what we are. but, it is much good for you to believe that being a good muslim is the best ever way to choose. You are what you are! ~after you knew who you are.

And this is what we called an introspective. To look deeply inside, and realize. To be what we must.

"HE never creates humankind nor the others, but to serve HIM"
- as what we understand from the Holy Verse of the Al-Quran. Do you?

Come and see what you can feel tru this song. A song of Yusuf. A nobel prize winner, a road singer, who in searching of his God with serenity, and he found HIM.

He got caught with the fame, once ago

But, as he knew he musn't,

then thanks for GOD as we have YUSUF, in present.


TO BE WHAT YOU MUST


I have journeyed, endless miles
Seen many harbours, where I took rest a while
On this boat court near and far
To be what you must, you must give up what you are.


(Bridge)

Only on a wind of hope my heart said
Craving mystic oceans to arrive
Those who do not leave and choose to stay
Barely survive


Be a dust or be a star
To be what you must, just reach out for what you are.
And though you travel many world,
There’s but one way and that’s the one you chose.




Dan ini adalah TAG dari..erm..sape ntah.. Izz Addin. Adakah idin mansurah? erm.. takpe.. buat saja tugasan tag itu. Nanti, kalau sedara izz addin datang sini, sila perkenalkan diri.

























1)
sila tampal gambar di atas. (dah tampal)
2)tag 10 orang lagi (erm..aiseh! kertas tag dah habis..takleh nak tampal.. erm..sori deh!)
3) ini tade hakcipta...sebarkan2 (oh..takperlu.. sebab bila dah dipost dalam internet, otomatik sesape leh access.. hackers mesti mahir bende ni.. diorang mesti dah jumpa bende2 camni..tunggu nak amal atau tak)
4) AMAL ISLAM 100%. (erm dan erk! astaghfirullah)

Nur Kasih of Yasin Sulaiman (TV3)

Shoutbox

Komentar

Kes Ridzuan Abdullah

Untuk kes status agama anak bagi keluarga Ridzuan Abdullah, saya merujuk dua link ini. Sila klik

1) Fellow Manhal PMRAM

2) Majlis Ulama' ISMA

Exam Fasa Dua

Jadual Exam (Tahun 2) Syariah Islamiah, Al-Azhar, Kaherah

13 Mei = Lisan

17 Mei = Quran

20 Mei = Usul Fiqh

24 Mei = Fiqh Perbandingan

27 Mei = Bahas

31 Mei = Fiqh Syafie

03 Jun = Ahwal Syahsiah

07 Jun = Hadith

10 Jun = English

Kem Jalinan 2009

Silalah berukhuwwah di JALINAN 2009. Maklumat lanjut, klik di gambar. Silalah, jangan malu. Cuti semester anda pasti bermakna. Untuk student di Mesir, sila lihat jadual musim panas anda kembali. Kalau free, silalah sertai.

Prison Break Season 1-4

Prison Break The Series tamat. Saya beri kredit besar untuk seluruh krew produksi dan pelakon dalam siri pengajaran ini.

Sekurang-kurangnya, kita dapat belajar erti persaudaraan, persahabatan dan pengorbanan yang amat jujur. Muslim macam saya adalah lebih layak menjadi seperti 'mereka' itu. Saya doakan ahli produksi semuanya diberi cahaya hidayah Allah. Ameen!

dan saya tak promosikan agar ia ditonton back-to-back. berdisiplinlah ketika berhibur! jangan disebabkan kelekaan anda, banyak benda tergadai!